suria

Perhimpunan Agung Umno Masuk Hari Kedua

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno yang masuk hari kedua pada Jumaat menyambung semula perbahasan usul ucapan dasar presiden.

Perbahasan akan dimulakan oleh wakil Johor Datuk Ayub Rahmat setelah seramai enam jurucakap mewakili negeri dan sayap masing-masing, membahaskan usul itu pada Khamis.

Seramai sembilan jurucakap lagi dijangka berucap membahaskan usul berkenaan sebelum disusuli wakil yang membawa usul ekonomi.

Perhimpunan agung kali ini menghimpunkan sebanyak 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.

Ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam antara lain menyentuh amalan prinsip wala dan kesetiaan dalam tradisi Umno selain membakar semangat anggota parti untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi. - BERNAMA

PAU 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain