suria

Tanah Runtuh: Sebuah Gerai, 10 Buah Kereta Musnah Di Serendah

-foto Internet

HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal cedera parah manakala deretan gerai makan dan lapan buah kenderaan musnah dalam kejadian tanah runtuh di  Taman Idaman, Serendah di sini, awal pagi Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dilaporkan mengalami patah tangan selepas motosikal yang ditunggangi terjerumus ke kawasan tanah runtuh dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan deretan gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Beliau berkata seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1 pagi.




"Kita sedang membuat pemeriksaan sekiranya terdapat lagi mangsa yang terperangkap, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya.

Jalan utama Taman Idaman telah ditutup.




tanah runtuh, SErendah, Taman Idaman

Artikel Lain