suria

Kekecohan Tiada Kaitan Dengan Kepimpinan Pusat Umno - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Gangguan  terhadap kartunis Zunar dan kekecohan di perkarangan Parlimen sama sekali tidak ada kaitan dengan kepimpinan pusat Umno, jelas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Ini tidak ada kena mengena dengan kepimpinan pusat dan kita tidak menggalakkan apa yang berlaku. Kami meminta semua ahli agar lebih rasional," katanya pada majlis pelancaran kediaman Rumawip, Sabtu.

Bagaimanapun, Tengku Adnan turut menasihati orang lain supaya menyedari tindakan sendiri dan tidak menyakiti perasaan lain.

"Apabila seseorang berasa kecewa, akan ada pergaduhan. Kita adalah sebuah negara yang telah dibina di bawah satu konsep yang diberikan oleh nenek moyang kita;
jadi kita perlu lebih bertoleransi dan bersikap sederhana tanpa mengira bangsa.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku di Myanmar akan berlaku di negara kita. Tetapi pembangkang yang cuba menghasut dan cuba mewujudkannya masalah seperti ini.

"Kita hidup di atas benang yang halus dan bila-bila masa sahaja ia boleh putus," katanya.

Beliau mengulas mengenai dua isu yang berasingan; pertama di mana pameran oleh Zunar di Pulau Pinang  yang berakhir pada Jumaat selepas sekumpulan 20 hingga 30 orang yang di ketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim yang menyerbu pameran itu secara tiba-tiba.

Pada pameran itu, memaparkan sebuah poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap 'menyakitkan' pandangan.

Manakala pada Khamis, sekumpulan daripada Pemuda Umno Pasir Salak menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika mahu memasuki kawasan Parlimen.

Dipercayai serangan itu berpunca selepas Khalid menggelarkan  Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman menteri sial pada persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu.

Ku Nan, Umno Pusat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain