suria

Kekecohan Di Parlimen, 11 Serah Diri

Amar Singh.

KUALA LUMPUR: Seramai 10 individu yang terlibat dalam kekecohan di Parlimen telah menyerah diri kepada polis, kata Datuk Amar Singh.

Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata kesemua lelaki itu bersama seorang wanita telah menyerah diri kira-kira pukul 10.15 pagi Jumaat.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kami juga berharap mereka yang ada maklumat atau bukti lain berkaitan insiden itu untuk segera tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mereka yang ada maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi ibu pejabat Balai Polis Sentul di talian 03-40482222.

Individu yang menyerah diri selepas dipanggil polis adalah Firdaus Tajuddin, Mohd Rizal Shafie, Ariffin Mohamed, Hasnah Md Razali, Erwan Halmi, Sapiah Aini Sulaiman, Norfirdaus Ahmad Zanian, Azmir Ahmad, Mohd Saffek Mohd Saleh dan Mohd Faizal Saidina Omar.

Norbaiti Taha, yang tidak dinamakan polis turut menyerah diri pada Jumaat.

kekecohan, Parlimen

Artikel Lain