suria

Umno Dan Parti Komponen Bagai Aur Dengan Tebing - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) boleh digambarkan sebagai aur dengan tebing, akrab dan saling bantu membantu serta memerlukan antara satu sama lain.

Perdana menteri berkata dalam Umno memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera, parti itu juga menghormati perjuangan dan kepentingan semua kaum.

"Kita jemput parti-parti komponen bersama dalam persidangan, kerana natijahnya matlamat kita serupa, melahirkan rakyat dan negara Malaysia yang berjaya," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook rasmi beliau, malam Rabu.

Najib dalam pada itu berkata perselisihan faham yang berlaku di dalam Umno telah berjaya diatasi dan diselesaikan dengan cara yang baik.

"Kita ahli Umno bukan hanya pada nama atau nombor keahlian, kita sebuah keluarga besar, dan dalam keluarga selisih faham dan perbezaan pendapat itu tentu ada.


"Semoga Allah SWT sentiasa berkati UMNO dan perjuangan kita," kata Najib.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain