suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Kes Dera Flat Paya Nahu Direman Tujuh Hari

Polis menemukan mayat kanak-kanak yang mati akibat didera di Flat Paya Nahu di Sungai Petani pada 24 November 2016.

SUNGAI PETANI: Seorang ibu dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes dera di Flat Paya Nahu, di sini ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang masing-masing berusia 26 dan 34 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Khamis.

Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong dalam bilik di rumah terbabit. 

Dera, Flat Paya Nahu

Artikel Sebelum

Polis Buru Geng Kapak

Artikel Berikut

Artikel Lain