suria

Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Mangsa Dera Stabil

ALOR SETAR: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dipercayai akibat didera di Flat Paya Nahu awal pagi tadi, berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kanak-kanak berkenaan dimasukkan pada 3.54 pagi dan dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma sebelum menerima rawatan di wad kanak-kanak HSAH.

"Kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal di beberapa bahagian tubuh namun secara keseluruhannya di bawah pemerhatian pakar perunding kanak-kanak dan dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditemukan di dalam tong di Flat Paya Nahudibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat pada Khamis. -fotoBERNAMA

Bagaimanapun Dr Norhizan berkata memandangkan kes berkenaan adalah kes Polis, maka pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana tidak mahu menganggu siasatan pihak berkuasa.

Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit.

Mangsa Dera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sosma: Nazri Bidas Dr M

Artikel Lain