suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung Gempar UTC Tawau Terbakar

TAWAU: Pengunjung Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau pada Selasa gempar apabila dua gerai di bangunan yang baru beroperasi pada 15 Ogos lalu terbakar.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, pengunjung UTC itu terkejut apabila sebahagian bangunan tiba-tiba diselubungi asap dan mencetuskan suasana panik.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau Faisal Ahmad berkata kebakaran kecil berlaku di dua gerai pakaian di aras dua bangunan itu.

"Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 9.40 pagi dan 13 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini.

Faisal berkata tindakan pantas bomba memadamkan api berjaya menyelamatkan gerai lain daripada turut terbakar.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihaknya sedang menyiasat punca serta anggaran kerugian ekoran kejadian itu. - BERNAMA

UTC, Tawau, Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain