suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri Didakwa Culik Bayi Perempuan Dari Hospital

Ahmad Abdul Muizz Halim (kiri) dan Nur Rashedah Che Faizo. -fotoBERNAMA

PASIR MAS: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah pada 15 November lepas.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Ahmad Abdul Muizz Halim, 26, dan isterinya Nur Rashedah Che Faizo, 23, didakwa menculik bayi perempuan itu yang belum diberi nama, anak kepada Siti NorBaiti Bahanaharing, daripada jagaan yang sah di sisi undang-undang iaitu pengarah Hospital Tanah Merah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Wad 2 Kanak-Kanak hospital berkenaan pada 6.47 petang, 15 November lepas mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dazuki membenarkan tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Disember bagi sebutan semula kes. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Idham Abdul Ghanit mencadangkan jaminan RM20,000 ke atas setiap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama

 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain