suria

Graduan UiTM Wajar Berterima Kasih

ARAU: Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta supaya berterima kasih kepada kerajaan dan universiti yang banyak membantu mereka hingga berjaya menamatkan pengajian.

"Anda patut berterima kasih kepada kerajaan kerana bertuah dapat belajar di universiti ini yang tidak membebankan anda dengan yuran dan kos pengajian yang tinggi.

"Saya juga ingin alumni UiTM supaya menjadi individu yang sentiasa merendah diri serta membalas jasa pihak-pihak yang menyumbang kepada kejayaan mereka," kata Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyampaian ijazah dan diploma pada konvokesyen UiTM Perlis ke-13.

Majlis sama akan diteruskan pada Rabu.

Seramai 906 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing termasuk 35 penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dan empat menerima anugerah terbaik. - BERNAMA

UiTM, Arshad Ayub

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain