suria

Tiada Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Tokyo mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam kejadian gempa bumi di wilayah Fukushima di Jepun pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, pihak kedutaan memantau rapi perkembangan semasa susulan gempa sekuat 7.3 magnitud yang melanda wilayah terbabit pukul 5.59 pagi.

"Kedutaan juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk mengetahui perkembangan terkini.

"Kerajaan Malaysia juga menyuarakan rasa simpati terhadap Kerajaan dan rakyat Jepun terutamanya di kawasan yang dilanda gempa," jelas kenyataan itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menerusi satu kenyataan berkata, kesemua 54 pelajar Malaysia di dua buah universiti di Fukushima dilaporkan selamat.

Beliau berkata kedua-dua universiti itu terletak jauh dari kawasan pesisiran pantai.

Lima pelajar berada di Kolej Teknikal Sendai Kosen manakala 49 pelajar lagi berada di Universiti Tohoku. - BERNAMA

Gempa Bumi, Jepun, Wisma Putra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal Dendang Lagu Ejek Bersih 5

Artikel Lain