suria

Maria Bukan Pengganas - NGO

Kumpulan NGO dan parti politik menyerahkan memorandum kepada polis Perak untuk dihantar kepada Ketua Polis Negara.

IPOH: Sekumpulan sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menggesa kerajaan untuk membebaskan pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum kepada polis Perak untuk dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi menggesa pihak berkuasa membebaskan Maria.

Timbalan ketua Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) Perak, Mohd Ridzuan Azit menyifatkan penahanan Maria sebagai tidak mengikut Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.

"Beliau bukan penganas. Beliau hanya mampu mempertahankan demokrasi Parlimen negara kita," katanya.

Beliau turut mengulangi kenyataan Setiausaha Pemuda PKR, Chan Lih Kang bahawa kerajaan memungkiri janji tentang penggunaan akta tersebut untuk pengganas dan mereka yang mengancam keselamatan negara.

"Kami mendesak kerajaan agar membebaskan beliau (Maria)," tambah Chang.

Sambil menyamakan Sosma sebagai akta yang kejam, ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata, penahanan Maria merupakan tindakan yang tidak adil.

"Sosma untuk pengganas atau pihak yang mahu menjatuhkan negara menggunakan senjata.

"Usaha untuk mengadakan pilihan raya yang bersih dan adil bukan keganasan atau menghancurkan negara.

"Jika beliau melakukan kesalahan, maka dakwanya di mahkamah dan bukannya menggunakan Sosma.

"Beliau tidak mempunyai peluang untuk mempertahankan diri," katanya.

Maria Chin Abdullah, Bersih, Sosma

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain