suria

82 Pelajar Maahad Tahfiz Matin, Kangar Keracunan Makanan

KANGAR: Seramai 82 pelajar dan tiga kakitangan Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (Matin) dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dipercayai akibat keracunan makanan, Jumaat.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin berkata daripada jumlah itu seramai 16 pelajar iaitu dua perempuan dan 14 lelaki dimasukkan ke wad HTF utk rawatan lanjut dan keadaan mereka adalah stabil.

"Selebihnya seramai 38 pelajar iaitu 12 perempuan dan 26 lelaki dirawat sebagai pesakit luar di HTF malam tadi dan 31 pelajar lain termasuk tiga kakitangan dirawat sebagai pesakit luar di Matin," katanya menerusi kenyataan, Sabtu.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua mereka mengalami muntah, loya dan cirit-birit setelah makan nasi tomato, ayam masak merah, acar dan dalca semasa kenduri tahlil di Matin pada 10 malam, 17 November.

Susulan itu katanya Jabatan Kesihatan Daerah mengadakan pemeriksaan menyediakan makanan serta persampelan makanan di sekolah itu, Sabtu.-- Bernama

maahad tahfiz, Matin, Kangar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal Direman Empat Hari

Artikel Lain