suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPDNKK Lapor Polis Berhubung Dakwaan Harga LPG Naik

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat laporan polis berhubung dakwaan di media sosial mengenai harga gas petroleum cecair (LPG) meningkat.

Laporan dibuat di ibu pejabat polis daerah Putrajaya pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan dakwaan itu dengan mengatakan bahawa maklumat berkenaan tidak benar.

"Laporan-laporan yang menjadi viral itu telah mengelirukan dan mengakibatkan kemarahan orang ramai," katanya pada Rabu.

Hamzah memberi jaminan bahawa harga LPG yang dijual pada RM26.60 untuk silinder 14 kilogram tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Sejak awal bulan ini, media sosial kecoh dengan laporan mendakwa harga LPG akan dinaikan pada 2017.


Artikel Lain