suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak 10 Tahun Mati Lemas Di Kolam Paya Asli

Gambar sekadar hiasan.

ALOR SETAR:  Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahunmati lemas ketika mandi bersama rakannya di kolam Paya Asli, Kubang Bembam, Kuala Nerang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata mayat pelajar itu, Muhammad Aidil Hazimi Bonyamin, dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di untuk bedah siasat.

Beliau memberitahu Bernama polis menerima makluman berhubung kejadian itudaripada orang awam kira-kira 4.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya menurut bapa mangsa, anaknya keluar bersama rakan-rakannya ke kolam tersebut pada 3.30 petang untuk bermain dan mandi sebelum dilaporkan terjatuh dan lemas.

Ahmad Nasir berkata tiada unsur jenayah dikesan pada mayat mangsa dan kesdiklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Bernama

Kanak-Kanak Mati lemas

Artikel Lain