suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Tak Sokong BN - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana menyokong Barisan Nasional.

"Tidak benar, tidak benar," demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menafikan dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dakwaan itu dibuat pada Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu.

Ditanya sama ada dakwaan Dr Mahathir itu adil, Abdul Hadi berkata: "Terpulanglah pada dia."

Beliau bagaimanapun mengakui, PAS menyokong sesetengah ideologi Umno.

"Ya, memang ada beberapa perkara yang kami sokong, tetapi kami tak boleh sokong kesemuanya," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak memberi maklum balas apabila ditanya sama ada PAS akan menyertai Pakatan Harapan.

PAS, BN, Abdul Hadi Awang

Artikel Lain