suria

Perpaduan MCA Beri Kelebihan Kepada BN Pada PRU-14

Najib ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63 di Wisma MCA di Kuala Lumpur, Ahad. Foto NG KOK LEONG / The Star

KUALA LUMPUR: Perpaduan dalam MCA menjadi kunci kepada kemenangan parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana parti yang bersatu dapat meletakkan calon terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika kita bersatu, banyak isu dapat diselesaikan. Jika ia dapat ditangani, tak akan ada pening kepala.

"Umno boleh bekerjasama dengan MCA. Sebagai pengerusi Barisan Nasional, tidak akan ada pening kepala buat saya kerana calon-calon yang dihantar untuk dipertimbangkan bukannya dari kumpulan A atau kumpulan B, tetapi mereka adalah calon boleh menang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63 di Wisma MCA di sini, Ahad.

Najib berkata, calon-calon dari pelbagai puak bukanlah 'calon terbaik'.

Menurut Najib, beliau berpuas hati dengan jaminan yang diberikan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa tiada lagi aman berpuak-puak di dalam parti.

"Saya boleh tidur nyenyak malam ini kerana senarai calon-calon MCA untuk pilihan raya umum adalah berdasarkan calon yang terbaik di kawasan itu," kata Najib, sambil menambah bahawa perpaduan MCA boleh membantu meraih keyakinan semua pengundi.

Najib menekankan bahawa BN sentiasa mengamalkan semangat konsensus, tidak seperti pembangkang di mana katanya, mengamalakan kepura-puraan.

Beliau berkata, hubungan antara Umno dan MCA terjalin sejak lebih 60 tahun.

Artikel Lain