suria

Kedah Bentang Bajet 2017 Berjumlah RM1.06 Bilion

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
ALOR SETAR: Kedah membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM1.06 bilion dengan defisit RM75.5 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM734.7 juta.

Bertemakan 'Muafakat Memacu Ekonomi, Menggilap Potensi Negeri', bajet yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu memperuntukan RM810.1 juta sebagai perbelanjaan mengurus dan RM256.4 juta perbelanjaan pembangunan.

"Ini berbeza dengan Bajet 2016 yang mencatatkan defisit sebanyak 14.9 peratus dengan jumlah RM107.8 juta. Bermakna untuk Bajet 2017, defisit telah berjaya dikurangkan sebanyak 4.63 peratus.

"Bagi menjadikan perbelanjaan pembangunan 2017 memenuhi sasaran terutama mengisi keperluan sebenar masyarakat B-40, maka sasaran perbelanjaan dijangka dapat dicapai sekurang-kurangnya 90 peratus daripada keseluruhan anggaran untuk 2017," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini Ahad.

Bajet itu, katanya berpaksikan empat strategi utama iaitu meningkatkan perolehan dan perbelanjaan hasil secara cekap dan berhemah, menambah nilai selain meneroka potensi ekonomi baharu, mencergaskan aktiviti ekonomi rakyat, dan menangani isu kebajikan rakyat berbilang kaum melalui langkah yang betul.

Artikel Sebelum

Artikel Lain