suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Esscom Buru 23 Suspek Jenayah Rentas Sempadan

DIKEHENDAKI... Sebahagian daripada 23 lelaki yang diburu Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) kerana disyaki terlibat dalam jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada Jumaat. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang memburu 23 lelaki kerana disyaki terlibat dalam jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan senarai mereka yang dicari itu dikeluarkan pada Jumaat.

"Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua suspek  supaya menghubungi pusat operasi Esscom di talian 089-863181," katanya.

Maklumat mengenai lelaki yang dicari itu telah mula diedarkan di Sabah untuk pengetahuan umum.

Kebanyakannya merangkumi warga Filipina yang pernah berada di negara ini dan berumur sekitar 30-an, menurut jurucakap bilik gerakan Esscom yang berpangkalan di Lahad Datu.

Pada Khamis, Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, membenarkan pasukan keselamatan Malaysia mengejar kumpulan penculik sehingga ke kawasan perairan Filipina. - BERNAMA

Esscom, 23 suspek, rentas sempadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maria Chin Diancam Bunuh Lagi

Artikel Lain