suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Lima Lagi Suspek Kes Bunuh Rakyat Myanmar

KUALA KRAI: Polis sedang memburu lima lagi suspek bagi membantu siasatan kes penemuan empat mayat warga Myanmar yang dibunuh sebelum dibuang dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok pada 30 Oktober lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata berdasarkan maklumat terbaharu, pihaknya yakin dapat menahan kelima-lima suspek berkenaan dalam masa terdekat.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pada 3 November lepas, polis menahan empat warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan empat mayat itu.

Penduduk Kampung Tanjung Hilir digemparkan dengan penemuan mayat berkenaan yang dicampak ke dalam semak berhampiran jalan kampung itu.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan dipercayai meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mayat mereka ditemui.

Artikel Berikut

Artikel Lain