suria

Filipina Benarkan Malaysia Masuk Sempadan Maritim

Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menyambut Presiden Filipina, Rodrigo Rao Duterte di perkarangan Dataran Bangunan Perdana Putra, Khamis.

PUTRAJAYA: Filipina telah membenarkan pasukan keselamatan Malaysia masuk ke kawasan perairannya untuk menahan penculik dan kumpulan militan di pantai timur Sabah.

Keputusan ini dibuat pada mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Khamis.

Najib berkata, kebenaran itu diberikan Duterte bagi membendung aktiviti penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.

Tambahnya, aktiviti berkenaan memberi kesan yang mendalam terhadap kedua-dua negara.

Tahun ini sahaja seramai 10 warga Malaysia telah diculik oleh kumpulan militan dan ia menyebabkan usaha mencari diperhebatkan.

Selain Filipina, Indonesia juga membenarkan Malaysia untuk memasuki kawasan sempadan untuk tujuan sama.

“Saya hargai cara Presiden Duterte dalam menyelesaikan permasalahan ini.

“Menteri Pertahanan dari ketiga-tiga negara akan berjumpa dan berbincang mengenai prosedur operasi standard yang akan dilaksanakan kelak,” kata Najib selepas berbincang dengan Duterte.

Lawatan selama dua hari ini merupakan kali pertama buat Duterte sejak dilantik sebagai Presiden Filipina pada Jun.

Filipina, Rodrigo Duterte, militan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain