Hubungan Dua Hala Malaysia-Amerika Tidak Jejas - Semasa | mStar

Hubungan Dua Hala Malaysia-Amerika Tidak Jejas

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak akan terjejas berikutan kemenangan Donald Trump pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata Presiden Amerika Syarikat itu sudah pastinya memerlukan kerjasama dengan Malaysia serta negara-negara lain dalam pelbagai bidang.

"Saya percaya beliau akan menggunakan kaedah yang boleh membantu Amerika Syarikat membina kerjasama dengan semua negara.

"Saya sendiri mengenali beliau secara peribadi, beliau bukanlah seorang yang asing bagi saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Daya eUsahawan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Najib berkata keputusan pilhan raya yang boleh disifatkan di luar jangkaan tersebut membuktikan bahawa rakyat dan pengundi Amerika Syarikat menginginkan seorang presiden yang akan membangunkan ekonomi serta menyediakan pekerjaan yang memberi pendapatan atau ganjaran lebih baik.

"Sebagai usahawan dan hartawan yang berjaya, mereka (pengundi) mahu beri peluang kepada ahli politik yang bukan konvensional, bukanlah daripada mereka yang biasa dengan pengalaman di White House.

"Pengundi mahu mencuba sesuatu yang berlainan," katanya.

Trump, calon daripada Parti Republikan, menewaskan lawannya daripada Parti Demokrat Hillary Clinton dalam saingan sengit pada pemilihan presiden pada Selasa dengan membuat kejutan besar selepas mengharungi apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai kempen yang pahit dan ada kalanya teruk.

Dalam pertandingan penuh mendebarkan sepanjang malam, Trump berjaya mencatat kemenangan margin di banyak negeri amat penting termasuk Florida, Ohio dan North Carolina, dan malah berjaya merampas negeri yang sebelum ini cenderung kepada Demokrat seperti Pennsylvania dan Wisconsin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain