suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Lagi Pelatih Puspen Gambang Ditahan Semula

- Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lagi pelatih daripada lima pelatih lelaki di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Gambang, dekat sini, yang melarikan diri Sabtu lepas, ditahan semula di Pekan, Ahad.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Abdul Ghani Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama pada Isnin berkata pelatih berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Lamir, Pekan pada jam 7.52 malam.


Kini usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan baki tiga pelatih yang masih bebas selepas pelatih pertama ditahan di rumah keluarganya di Taman Putih, Jalan Gambang, dekat sini, pada hari kejadian, katanya.


Dalam kejadian pukul 6 petang itu, lima pelatih berusia antara 29 dan 43 tahun disedari hilang oleh seorang warden Puspen ketika mengira jumlah keseluruhan pelatih selepas tamat aktiviti riadah di perkarangan pusat itu.


pelatih lari, Puspen, AADK

Artikel Lain