suria

Kertas Cadangan Pelantikan Timbalan Pengerusi SPR Baharu Tidak Dibentang - PMO

KUALA LUMPUR: Kertas cadangan pelantikan bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dibentang dan dibincang semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja lepas.

Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri (PMO) Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menjelaskan bahawa kertas cadangan bagi tujuan itu telah ditarik balik dan telah dimaklum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang.

"Kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada 3 Nov bahawa cadangan itu telah ditolak Majlis Raja-Raja tidak timbul dan tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Artikel Berikut

Artikel Lain