Seronok Hidup Gelandangan Punca Ayrill Aqasha Hilang - Polis - Semasa | mStar

Seronok Hidup Gelandangan Punca Ayrill Aqasha Hilang - Polis

Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril.

KUALA LUMPUR: Seronok mengikuti kehidupan gelandangan bersama rakan-rakan di kawasan Chow Kit selain takut dimarahi ayahnya antara punca kanak-kanak lelaki Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, enggan pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, perkara itu berdasarkan rakaman keterangan percakapan bapa kanak-kanak berumur 10 tahun itu, Noor Shahril Yusmarizal, 39, dan ibunya Siti Rohayu Yaacob, 37.

"Siasatan mendapati kanak-kanak itu telah pergi ke Pudu menaiki bas Rapid KL untuk berjumpa dengan rakannya dikenali sebagai Ari berumur 13 tahun di Chow Kit sebelum menetap di rumah gelandangan selama beberapa hari dan enggan pulang ke rumah kerana berasa seronok menerima makanan percuma daripada orang awam setiap malam.

"Bagaimanapun, Noor Ayrill Aqasha yang kehabisan wang telah menaiki bas percuma Go-KL untuk ke rumah ibunya, namun dia terlupa jalan ke rumah ibunya membuatkan dia hilang arah sehingga ditemui semalam," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad malam.

Chong berkata, ibu bapa Noor Ayrill Aqasha telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 8 malam Ahad untuk memberikan keterangan berhubung perkara ini.

Menurut Chong, Noor Ayrill Aqasha tidak mahu pulang ke rumah kerana risau dimarahi ayahnya maka dia membuat keputusan untuk menetap di kawasan gelandangan selama beberapa hari.

"Kanak-kanak ini akan pulang dan tinggal bersama ibunya hasil perbincangan kedua ibu bapanya yang berjanji tidak mengabaikan anak mereka pada masa depan," katanya.

Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.    

Kehilangan Noor AyrillAqasha tersebar di laman sosial sejak semalam selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.

Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, di sini kira-kira 7.30 malam Sabtu dalam keadaan lemah. - Bernama

Artikel Sebelum

Mayat Remaja Dikerat Dijumpai

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!