Cubaan Rompak Mesin ATM Di Pasar Raya Gagal

-fotoTHESTAR
KAMPAR: Empat lelaki bertopeng gagal dalam cubaan merompak wang dalam dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kejadian kira-kira 3.30 pagi itu berlaku ketika seorang pengawal keselamatan serta dua rakan sekerjanya sedang berehat selepas membuat rondaan di hadapan pintu pasar raya tersebut.

"Empat suspek yang memakai topeng dengan tiga daripadanya bersenjatakan parang serta kuku besi kambing bertindak mengikat serta mengurung kesemua pengawal itu di dalam tandas.

"Kesemua suspek masuk ke dalam pasar raya dengan memecahkan cermin pintu dan menggunakan gas oksigen untuk meletupkan kedua-dua mesin, namun gagal melarikan wang di dalamnya," katanya dalam kenyataan Ahad.

Katanya kesemua suspek dipercayai melarikan diri apabila melihat kereta Peronda Polis (MPV) melakukan rondaan di sekitar pasar raya itu.

Menurutnya, kesemua peralatan yang digunakan untuk memecah kedua-dua mesin ATM itu ditinggalkan suspek di tempat kejadian.

Beliau berkata tiga jam kemudian, ketiga-tiga pengawal tersebut berjaya melepaskan diri dan laporan polis di Balai Polis Kampar.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan apabila pergelangan tangan mereka calar akibat diikat. Mereka telah dirawat di Hospital Kampar," katanya.

Katanya pihak polis sedang menjejaki suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain