suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tingkat Satu SMK St Teresa Terbakar

KUCHING: Kebakaran berlaku di SMK St Teresa dekat sini menyebabkan tingkat satu bangunan di sekolah terbabit musnah.

Namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku petang Sabtu.

Pengetuanya, Mary John berkata pada Sabtu, blok dewan sekolah di tingkat satu itu tidak digunakan sejak Julai kerana ia masih dalam proses pengubahsuaian.

Katanya, buku teks, meja dan kerusi yang disimpan di dalam dewan itu turut musnah.

Beliau menganggarkan kerugian bernilai kira-kira RM300,000.

Ketua Bomba Zon Kuching Tiong Ling Hii berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.07 petang Sabtu dan bergegas ke tempat kejadian dengan tiga buah jentera dan 40 anggota.

Jelas beliau, tingkat satu bangunan itu musnah dalam kebakaran tersebut namun tingkat bawah termasuk bilik guru terselamat.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


kebakaran, SMK St Teresa

Artikel Lain