suria

Operasi Mencari Warga Australia Hilang Diteruskan

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat warga Australia Andrew James Gaskell, 26, yang hilang di Taman Negara Mulu sejak 20 Oktober lalu diteruskan pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Zulbada Alior berkata operasi melibatkan 22 orang terdiri daripada pasukan bomba, polis, pemandu pelancong, Perbadanan Perhutanan Sarawak dan orang awam dipecahkan kepada tiga kumpulan.

"Lokasi pencarian ialah Deer Cave, Marriot Trail, Lagang Cave dan Sarawak Chamber," katanya Jumaat.

Beliau berkata setakat 10.30 pagi ini, Gaskell, yang bertugas sebagai jurutera, masih belum ditemui.

Zulbada berkata operasi mencari dan menyelamat semalam terpaksa ditangguh pada pukul 5.40 petang kerana hujan lebat.

Artikel Lain