suria

Wanita Poland Maut Dilanggar Bas

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita Poland terbunuh akibat dilanggar sebuah bas di Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Wanita itu, yang dikenal pasti sebagai Daiana Helena, sedang melintas jalan kira-kira jam 1 tengah hari Rabu apabila kemalangan itu berlaku.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Shafie Daud, bas itu sedang membelok ke kanan dari Jalan Tun H.S. Lee ketika kejadian berlaku.

"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan," kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca kemalangan dan memeriksa rakaman CCTV di kawasan tersebut.

Polis telah menghantar bas itu untuk pemeriksaan penuh manakala pemandunya telah dipanggil untuk ujian air kencing dan darah.

Kedutaan Poland juga telah dimaklumkan.

dilanggar bas, wanita Poland

Artikel Sebelum

Rasuah: 14 Pegawai Bebas Reman

Artikel Lain