Kerajaan Pertimbang Kemuka Usul Tindakan MP Segambut Tidak Hormat Speaker

Datuk Seri Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan membawa satu usul dalam tempoh terdekat berhubung tindakan Anggota Parlimen (MP) Segambut Lim Lip Eng yang tidak menghormati Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata meskipun boleh berbeza pendapat dan pandangan, anggota Dewan Rakyat perlu menghormati kedudukan Speaker dan Parlimen.

"Lebih memalukan apabila Yang Berhormat Segambut yang berkelulusan undang-undang gagal memahami Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat apabila mempersoalkan pelantikan seorang Speaker.

"Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah memilih Pandikar sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 57 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan Rabu.

Pada Selasa, Lim mendakwa Pandikar mengarahkan beliau keluar daripada Kamar Khas yang bersidang, sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lim mendakwa Pandikar memberi 'syarahan' mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sebelum mereka saling menjerkah antara satu sama lain dan Lim diarah keluar daripada sidang itu.

Azalina berkata tindakan Lim itu tidak profesional dan beremosi, sekali gus merugikan rakyat Segambut yang memilih beliau sebagai anggota Parlimen kawasan berkenaan.

"Selama tiga penggal menjadi Anggota Parlimen, ini kali pertama saya menyaksikan seorang anggota Parlimen berkelakuan seperti itu, dan tidak menggambarkan peribadi seorang anggota Parlimen yang matang," katanya.

Beliau berkata penghinaan terhadap Speaker yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan bermaksud penghinaan kepada Dewan Rakyat, yang sekali gus  mencemarkan nama baik dan prestij dewan yang mulia.

Azalina berkata beliau amat terkejut dengan tindakan dan perlakuan Lim terhadap Pandikar pada sesi Kamar Khas semalam.

"Sikap pembangkang yang mementingkan diri semakin terserlah apabila sering kali bertindak membelakangkan Peraturan Mesyuarat Dewan yang telah ditetapkan," katanya.

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain