suria

1MDB: Rahman Dahlan Bidas Ahmad Husni

Ahmad Husni Hanadzlah.

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung soalannya mengenai 1MDB di Parlimen dengan berkata, bekas menteri kewangan itu perlu mempunyai sedikit maruah.

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, pendirian Husni tidak tetap.

"Apabila anda mengubah fikiran mengenai kecenderungan politik, sekurang-kurangnya, perlu ada sedikit maruah.

"Jangan tembak kaki anda sendiri. Beliau bertanggungjawab untuk itu (1MDB)," katanya.

Abdul Rahman juga berkata, agak ironik Husni kini tidak bersetuju dengan keputusannya sendiri.

"1MDB adalah di bawah bidang kuasa beliau dan beliau sering menjawabnya dengan cara kami," katanya.

Rahman Dahlan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud kemudian menegaskan bahawa Peraturan Mesyuarat Parlimen mana-mana individu tidak boleh mengelirukan Dewan Rakyat.

"Anda tidak boleh kata 'A' pada awalnya dan kemudiannya bertukar kepada 'B'. Anda tak boleh kata ia tidak betul, itu bermakna anda mengelirukan Dewan Rakyat," katanya.

Abdul Rahman turut menjelaskan 1MDB telah memberi banyak penerangan kepada anggota Kabinet yang disediakan oleh Husni sendiri ketika beliau bersama Kementerian Kewangan.


Artikel Berikut

Artikel Lain