suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Setuju Peruntukan Ubah Suai HSA - Subra

Dr S.Subramaniam.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri bersetuju memperuntukkan dana untuk membaik pulih Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baru, yang musnah akibat kebakaran pada Selasa, kata Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Menteri Kesihatan itu berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan peruntukan tersebut semasa melawat hospital tersebut pada Selasa.

Jelas Dr Subramaniam, kementerian itu sedang menunggu Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melengkapkan siasatan sebelum mereka meneruskan kerja baik pulih hospital tersebut.

Enam pesakit maut dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut manakala seorang lagi mangsa mengalami kesan melecur yang serius.



HSA, peruntukan, Najib Tun Razak

Artikel Lain