suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

HSA Terbakar Lagi

Kakitangan hospital memindahkan pesakit di wad kecemasan dan trauma.

JOHOR BARU: Kebakaran kedua dipercayai berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kali ini di dewan bedah dekat wad kecemasan dan trauma.

Kakitangan hospital yang memakai pakaian seragam berwarna biru selain pesakit dilihat bergegas keluar meninggalkan wad tersebut.

Menurut seorang sukarelawan, asap dilihat keluar dari dewan bedah yang terletak di aras satu bangunan tersebut.

Sebuah jentera bomba dilihat memasuki perkarangan hospital.

Kakitangan hospital, pesakit dan orang ramai diminta untuk mengosongkan kawasan tersebut.

Ia adalah insiden kebakaran kedua berlaku di HSA sejak Selasa.

Difahamkan ia hanyalah kebakaran kecil dan keadaan dilaporkan terkawal.


kebakaran, HSA

Artikel Lain