suria

Tragedi HSA: Jururawat Stabil Di ICU HSI

Raja Zarith Sofiah ketika melawat tiga kakitangan HSA yang cedera dalam kebakaran di ICU HSI, Rabu.

JOHOR BARU: Jabatan Kesihatan negeri menafikan laporan mengenai kematian jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang cedera dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu, pagi Selasa.

Pengarahnya, Dr Rooshaimi Merican berkata, jururawat berkenaan, Nurul Ain Zulkarnain kini masih dirawat di ICU Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Keadaanya stabil, begitu juga dua lagi kakitangan HSA yang dihantar ke HSI untuk menerima rawatan lanjut," katanya pada Rabu.

Berita kematian Nurul Ain tersebar di media sosial susulan kecederaan serius yang dialaminya dalam kejadian yang mengorbankan enam nyawa itu.

Ketua Polis Daerah Johor Baru (Selatan) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh juga mengesahkan ketiga-tiga kakitangan HSA kini dalam keadaan stabil di HSI.

Beliau berkata, mayat enam mangsa yang maut dalam kebakaran itu sudah dituntut keluarga dan saudara mara mereka.

"Tiada jururawat yang meninggal dunia dalam kebakaran itu," katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin sedemikian kerana ia boleh mengguris hati mangsa dan keluarganya.

Sementera itu Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan menantu baginda, Che Puan Khaleeda Bustamam berkenan melawat ketiga-tiga kakitangan HSA itu pada Rabu.

Raja Zarith Sofiah, HSA, HSI

Artikel Lain