suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minuman Starbucks Halal - Jakim

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman Starbucks disahkan halal selepas satu mesej yang mendakwa sebaliknya menjadi viral.

Wakil dari Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu The Star Online bahawa mesej itu bukan perkara baharu dan pernah diviralkan dua tahun lalu.

"Kami menafikan khabar angin itu sebelum ini. Kami memberi jaminan bahawa Starbucks Malaysia diiktiraf halal dan pensijilannya tidak pernah dibatalkan," kata seorang pegawai yang tidak mahu dikenali.

Mesej yang diviralkan menggunakan aplikasi WhatsApp itu mendakwa beberapa minuman Starbucks haram kerana ia mengandungi E471 (Emulsifier 471) dan bahan tambahan makanan berasal daripada babi.

Pegawai Jakim itu berkata pihaknya tiada kuasa untuk menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut.

"Kami hanya boleh mengulangi apa yang pernah kita katakan sebelum ini, tetapi ia bergantung kepada Starbucks Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu itu," katanya.


Starbucks, minuman, Jakim

Artikel Lain