Kebakaran Di ICU HSA: Wee Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa - Semasa | mStar

Kebakaran Di ICU HSA: Wee Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Dr Wee Ka Siong.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru pada pagi Selasa.

"Saya telah mengarahkan MCA Johor untuk menggerakkan Skuad Bantuan Bencana MCA (CRSM) dan saya turut meminta Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk pergi ke Johor Baru dengan segera bagi menghulurkan bantuan," katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Wee yang juga Pengerusi MCA Johor berkata beliau akan mendoakan keselamatan semua yang terjejas walaupun beliau kini berada di luar negara.

Dalam insiden pukul 9 pagi itu, enam pesakit disahkan maut.

Empat wanita yang dikenal pasti identitinya adalah Cho Lin Feng, Poh Ah Wah, Kaliama dan Meramaladeri.

Selain itu, dua pesakit wanita yang maut pula adalah Logaswaran dan Yusof Hasan.

Susulan kejadian itu, ratusan pesakit dan kakitangan HSA terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Ketika kejadian ada 193 kakitangan dan 294 pesakit di HSA.

 








 



Dr Wee Ka Siong , MCA , kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain