suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Rayuan Tolak Saman Fitnah Anwar Terhadap Anifah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman fitnah  terhadap Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.

Pemimpin pembangkang yang masih menjalani hukuman penjara itu diperintahkan membayar kos RM100,000.

Anwar menyaman Anifah susulan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Kimanis itu lapan tahun lalu yang mendakwa pembangkang cuba membeli ahli-ahli politik.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abd Majid yang mengetuai panel tiga anggota itu membuat keputusan berkenaan, Isnin.

Anwar diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli.

Pada Oktober lalu, Mahkamah Tinggi menolak saman selepas mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya dan mengarahkannya membayar kos RM20,000.


 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain