suria

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Henry Chin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Tan Sri Henry Chin, yang meninggal dunia pada Ahad.

"Ucapan takziah saya kepada keluarga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Tan Sri Henry Chin.   

"Beliau adalah antara anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah," katanya dalam akaun Twitter beliau.   

Henry, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada 6.04 pagi akibat strok.

Mendiang, yang meninggalkan isteri Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, serta sepasang anak lelaki dan perempuan, berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993. -Bernama

Henry Chin

Artikel Lain