suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Belasah Lelaki Jumpa Teman Wanitanya

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Akibat cemburu, seorang penganggur membelasah seorang lelaki menggunakan senjata tajam kerana berjumpa teman wanita yang baru dikenalinya tiga bulan dalam kejadian awal pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mohd Nashir Ya berkata, kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi di hadapan sebuah rumah di Kampung Alor Belut dekat sini, menyebabkan mangsa berusia 25 tahun itu luka di pipi dan bahagian atas mata kanannya. 

"Hasil tindakan pantas polis, seorang lelaki Melayu berumur 29 tahun berasal dari Alor Setar telah ditahan awal pagi semalam dan kini ditahan reman," katanya menerusi kenyataan di sini, Sabtu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. - Bernama

Artikel Sebelum

UKM Batal Jemputan Paulsen

Artikel Berikut

Artikel Lain