suria

Bekas Ketua Polis KL Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Tan Sri Henry Chin Poy meninggal dunia pada usia 79 tahun, Ahad selepas diserang angin ahmar atau strok sejak dua hari lalu.

Chin datang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu pada Jumaat untuk menghadiri satu mesyuarat tetapi diserang strok dan dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Anak Chin, Melissa, 31, berkata, bapanya meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 6 pagi selepas berada dalam keadaan koma selama dua hari.

Jelasnya, dia bersama ibu, Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72, dan abangnya, Alex tiba di hospital pada pagi Sabtu untuk menjaga Chin.

"Kami akan membawa pulang mayat ayah ke Sabah pada tengah hari Isnin," katanya.

Chin telah berkhidmat selama 38 tahun bersama pasukan polis sebelum bersara pada 1993.

Mendiang juga merupakan ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia selain Jawatankuasa Siasatan Diraja berhubung kes pendatang tanpa izin di Sabah.

Selain itu, China merupakan ahli lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Artikel Lain