suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembangkang Layan Dewan Rakyat Seperti Sarkas - Salleh

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa Anggota Parlimen (MP) pembangkang keluar daripada Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 sedang berlangsung semalam menunjukkan pihak pembangkang mahu melayan Dewan Rakyat seperti sarkas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pembentangan bajet tahunan di Dewan Rakyat adalah merupakan urusan yang serius.

"Ini adalah peluang bagi MP pembangkang untuk mengambil bahagian dalam Bajet dan mengemukakan idea mereka kepada Dewan Rakyat jika mereka merasa mempunyai sebarang idea.

"Ia cukup buruk yang pembangkang tidak mempunyai kabinet bayangan dan Menteri Kewangan bayangan," katanya dalam posting blog terbaharu beliau di (http://sskeruak.blogspot.my/).

Dalam tindakan itu beberapa Anggota Parlimen pembangkang mengangkat poster dan bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkan Bajet 2017. - BERNAMA

Salleh Keruak, Bajet 2017

Artikel Lain