suria

Larangan Sementara Penggunaan Belon Berisi Gas - Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menguatkuasakan larangan sementara penggunaan belon berisi gas susulan insiden letupan 150 belon yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 31 orang cedera termasuk kanak-kanak.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau masih menunggu laporan daripada pihak polis berhubung kejadian yang berlaku ketika acara Walk for The Blind di Batu Buruk bersempena Hari Celik Sedunia 2016.

"Saya berasa sedih dengan kejadian tersebut. Satu laporan polis telah dibuat dan saya menggesa semua agensi menjalankan siasatan terhadap kes itu.

"Satu laporan terperinci perlu disiapkan secepat mungkin dan tindakan selanjutnya akan diputuskan," kata beliau selepas melawat mangsa insiden itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Menurut Ahmad Razif lagi, larangan sementara itu berkuatkuasa ke atas semua program atau majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.


Artikel Lain