Geng Amir Rais Tumpas

TELUK INTAN: Geng Amir Rais yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah rumah dan curi motosikal di sekitar Bagan Datoh tumpas apabila tujuh anggota kumpulan termasuk ketua kumpulannya ditahan dalam Ops Pintu pada Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Hilir Pera,k ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua suspek yang berusia 24 hingga 30 tahun itu didapati aktif menjalankan kegiatan pecah rumah dan curi motosikal sejak beberapa bulan lalu.

Katanya polis menahan empat lelaki bersama-sama dalam sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Hutan Melintang pada 12.15 tengah malam semalam sebelum membawa kepada tangkapan susulan tiga lagi lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di Bagan Datoh pada hari yang sama.

"Sewaktu penahanan empat lelaki itu, kita telah menjumpai alat-alat yang disyaki digunakan untuk pecah rumah, wang tunai berjumlah RM2,238, tiga buah telefon bimbit serta beberapa paket kecil dadah. Kita turut menyita kereta yang digunakan mereka.

"Malah semakan urin mendapati kesemuanya positif dadah," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Wan Hassan berkata ketua kumpulan geng itu yang didapati pengedar dadah kecil-kecilan di kawasan itu sering kali masuk keluar lokap dan mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kes pecah rumah.

Katanya susulan penahanan ketujuh-tujuh suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah dan dua kes curi motosikal setakat ini berikutan beberapa suspek telah membuat pengakuan.

"Kita masih memburu saki baki kumpulan itu dan modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah yang tidak berpenghuni," katanya.

Kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah serta disiasat dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Pecah Rumah

Artikel Sebelum

PT3 Ditangguh Akibat Makmal Terbakar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain