37 Rumah Rosak Dilanda Ribut - Semasa | mStar

37 Rumah Rosak Dilanda Ribut

TEMERLOH: Sebanyak 37 buah rumah termasuk sebuah bengkel di 17 buah kampung di sini mengalami kerosakan setelah dilanda ribut yang berlaku kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh Hasanuddin Husein berkata hujan lebat dan angin kuat yang berlaku selama setengah jam itu menyebabkan atap dan bumbung rumah penduduk terbang ditiup angin.

"Malah, ada juga dinding rumah penduduk yang rosak akibat dihempap dahan pokok, selain banyak pokok tumbang menyebabkan beberapa buah kampung terputus bekalan elektrik," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan dan jumlah sebenar kerugian masih disiasat.

Menurutnya, antara kampung yang terjejas ialah Kampung Batu Kapur, Batu Satu, Sungai Buluh, Semantan, Lubuk Kawah, Megat Segama, Taman Seri Semantan dan Pekan Lanchang.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta beberapa agensi kerajaan yang lain kini giat membersihkan kawasan terlibat selain memberikan bantuan kilat kepada mangsa. - BERNAMA
rumah rosak , ribut , Temerloh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain