Tengkorak, Serpihan Tulang Manusia Ditemui

Gambar hiasan.

MELAKA: Tengkorak dan beberapa serpihan tulang manusia ditemui berselerakan oleh orang awam di sebuah kebun berhampiran Sungai Lendu di Batu 17 Kampung Lendu Hilir di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya dimaklumkan penemuan berkenaan kira-kira pukul 2 petang Ahad sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi penemuan.

"Siasatan awal mendapati objek tersebut merupakan tengkorak dan tulang dipercayai bahagian betis dan bahu manusia dan kita masih menjalankan siasatan terperinci.

"Tiada sebarang penemuan lain termasuk pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama Jalan Lendu-Alor Gajah," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata identiti mangsa masih belum diketahui dan berdasarkan penemuan tersebut mangsa dipercayai sudah lama meninggal dunia.

Katanya siasatan awal juga turut mendapati kebun berkenaan merupakan milik seorang wanita yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan dan polis kini sedang mengesannya untuk membantu siasatan lanjut.

A. Asmadi berkata tengkorak dan serpihan tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk ujian lanjut dan semakan ke atas Orang Hilang turut dilakukan bagi membantu siasatan.

Katanya setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan itu atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06- 556 2222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

tengkorak, serpihan tulang

Artikel Sebelum

Suspek IS Terima Arahan Secara Senyap

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain