suria

Tiada Kes Rotavirus Baharu Di Taman Tema Bukit Merah

IPOH: Jabatan Kesihatan Perak tidak lagi melakukan pemantauan di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort kerana tiada kes baharu rotavirus.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pemantauan telah melebihi dua tempoh pengeraman dengan mengambil kira kes mula dikenalpasti pada 1 Oktober lalu.

Tempoh pengeraman bagi rotavirus adalah dua jam hingga tiga hari.

Dr Juita berkata langkah proaktif telah diambil oleh pihak pengurusan resort bagi memastikan kejadian itu tidak berulang lagi.

"Kami akan mengambil sampel air apabila kolam diisi semula dengan air dan berklorin. Berdasarkan perbincangan dengan pihak pengurusan pada 4 Oktober lalu, taman tema itu dijangka dibuka semula pada 26 Oktober.

"Bagaimanapun jika mereka mempercepatkan proses penyediaan kolam dan sistem penapisan pembersihan, mereka boleh maklumkan lebih awal dan kami akan pergi dan mengambil sampel air," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain