suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun Mahathir Akui Sukar Tumbangkan BN

Dr Mahathir ketik berucap pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat negeri Perak pada Ahad. Foto:SAIFUL BAHRI/The Star

LUMUT: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi 14 parti komponen. 

Beliau berkata gabungan 14 komponen itu akan saling membantu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengundi calon yang diletakkan di sesuatu kawasan.

"Bila seorang calon BN dipertandingkan, ahli dari 14 parti (komponen) yang lain akan sokong calon itu dan parti lawan akan selalu kalah.

"Ini kerana parti lawan masing-masing fikir tentang parti masing-masing tak fikir bagaimana parti nak bersatu padu, sebab itu tak boleh capai kemenangan,"katanya ketika berucap pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat negeri Perak di sini pada Ahad. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain