suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairy Selar Tindakan Anggota Gerakan Baju Merah

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, KhairyJamaluddin menyelar tindakan segelintir anggota Gerakan Baju Merah yang dilaporkan menyerang seorang peserta konvoi motosikal Bersih 5.0 di Sabak Bernam, Selangor pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan tindakan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini yang mengamalkan demokrasi.

"(Insiden) ini kita tidak boleh terima. Sesiapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam dan saya harap polis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics di sini, Ahad.  

Seorang pemuda bermotosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5.0, dilaporkan telah diserang oleh segelintir penyokong anggota Gerakan Baju Merah ketika melalui satu kawasan di Sabak Bernam yang menjadi viral di laman sosial.  -Bernama

Artikel Lain