suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambil Tindakan Siapa Ganggu Keharmonian Negara - Mah

KUALA LUMPUR: Tindakan perlu diambil terhadap semua pihak yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama walaupun mereka mungkin penyokong kerajaan yang memerintah, kata Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

"Tidak kira siapa mereka, sama ada mereka adalah ahli Gerakan, DAP, PAS atau Umno. Sesiapa yang menyebabkan masalah kepada rakyat... tindakan perlu diambil tidak kira jika mereka adalah merah, kuning atau hijau," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Parti Gerakan Nasional ke-45 di Menara PGRM pada Ahad.

Beliau juga menggesa semua parti politik sama ada rakan atau musuh supaya menyertai Gerakan dalam usaha untuk membina Malaysia yang sederhana.

Dalam ucapannya, Mah mengulangi pendirian Gerakan menentang pelaksanaan rang undang-undang ahli persendirian PAS.

Beliau berkata walaupun parti itu menghormati Islam, namun rang undang-undang berkenaan akan membabitkan undang-undang sivil dan Syariah.

Parti Gerakan, Mah Siew Keong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain