Kerajaan Pertimbang Tambah Bajet Sukan Tahun Depan - Najib - Semasa | mStar

Kerajaan Pertimbang Tambah Bajet Sukan Tahun Depan - Najib

Najib berucap pada majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan kepada Pemenang Pingat Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Rio 2016, Sabtu malam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang untuk menambah peruntukan bagi sukan dalam Bajet 2017 supaya pembangunan bidang itu dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kejayaan kontinjen Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 menjadi inspirasi kepada kerajaan untuk memastikan kejayaan itu terus diulangi pada masa akan datang.

"Saya rasa pelaburan sukan juga mampu memberi pulangan yang baik kepada negara. Saya dalam persediaan menyiapkan bajet (dalam) beberapa minggu lagi, saya tidak akan lupakan bajet tambahan untuk sukan.

"Kita mesti jadikan kejayaan kontinjen Olimpik dan Paralimpik kita sebagai satu batu loncatan yang akan membawa kita kepada kejayaan berterusan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata, usaha bersepadu perlu dilakukan untuk memastikan Olimpik Rio menjadi penggalak atlet supaya yakin mencapai kejayaan jika mereka memberi tumpuan penuh, merancang secara gigih dan sistematik selain mengguna pakai amalan sains sukan terkini. 

Dalam pada itu, Najib menekankan bahawa ekosistem bidang sukan yang meliputi semua peringkat juga perlu diberikan perhatian sama seperti atlet.

Beliau berkata, insan yang berada di belakang kejayaan seseorang atlet harus diberikan perhatian khususnya ahli keluarga, jurulatih dan persatuan sukan. 

"Seluruh ekosistem itu siapa...ibu bapa yang sokong anak beri mereka semangat untuk berjaya, persatuan sukan, ini yang  dikatakan keseluruhan ekosistem termasuk badan korporat yang beri sokongan," jelas beliau.  

Pada majlis itu, Najib menyampaikan Shakam berjumlah RM3.42 juta kepada pemenang pingat Paralimpik dan RM2.9 juta kepada pemenang pingat Olimpik Rio.  

Pada kejohanan Paralimpik Rio, Malaysia meraih tiga emas dan satu gangsa selain empat perak dan satu gangsa pada Olimpik Rio. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini